MANILA 6 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 9,868 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,622,917.
Sebanyak 133 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,471,282 orang pulih atau 94.2 peratus daripada keseluruhan kes.
Bagaimanapun tiada laporan mengenai kes pesakit meninggal dunia
Sementara itu, kes aktif pula sebanyak 112,807 atau 4.3 peratus, meningkat berbanding 103,077 yang direkodkan semalam.