871 kluster tamat, 421 masih aktif

PUTRAJAYA 20 Mac – Jumlah kluster yang direkodkan adalah sebanyak 1,292 tetapi yang masih aktif adalah 421 selepas 871 kluster tamat termasuk 10 yang berakhir hari ini.

Pada masa yang sama, empat kluster baharu dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan dua kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Sepuluh kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Pasar, Kluster Jalan Bakawali Ramun, Kluster Kampung Hala, Kluster Jalan Tanjung Enam, Kluster Jalan Wawasan 14, Kluster Jalan Perusahaan Satu, Kluster Jalan Kuchai, Kluster Tapak Bina Seksyen Satu, Kluster Tapak Bina Persiaran Sepang, dan Kluster Jalan Kewajipan.

Sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes baharu dan antara yang tertinggi pada hari ini adalah Kluster DTI Juru (206), Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (134 kes), dan Kluster Perindustrian Pekan Nanas (39 kes).

  • KLUSTER TELUK AIR TAWAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang . Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320536) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Teluk Air Tawar, Butterworth, Seberang Perai Utara. Sehingga 20 Mac, sejumlah 335 individu disaring, di mana 33 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERINDUSTRIAN PEKAN NANAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Pekan Nanas, Pontian. Sehingga 20 Mac, sejumlah 212 individu disaring, di mana 39 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TANJUNG GENTING

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322242) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana  penularan kes – kes dilaporkan berlaku iaitu di Tanjung Genting, Meradong. Sehingga 20 Mac, sejumlah 66 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PULAU PISANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-313168) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana  penularan kes – kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Pulau Pisang, Bota, Perak Tengah. Sehingga 20 Mac, sejumlah 41 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment