49 juta kes, 1.24 juta maut

JUMLAH kes jangkitan global Covid-19 kini mencecah lebih 49 juta dengan jumlah kematian meningkat kepada 1.24 juta sementara kes sembuh pula lebih 32 juta.

Data Johns Hopkins University sehingga 10.30 pagi ini menunjukkan daripada 49,247,386 kes, Amerika Syarikat (AS) merekodkan 9,732,932 kes diikuti India 8,411,724, dan Brazil 5,631,181.

Enam negara lagi merekodkan lebih satu juta kes iaitu Rusia, 1,720,063, Perancis 1,709,716, Sepanyol 1,328,832, Argentina 1,228,814, United Kingdom 1,149,791 dan Colombia 1,127,733.

Mexico dan Peru pula menghampiri satu juta kes dengan masing-masing merekodkan 955,128 dan 914,722 sementara Itali merekodkan 862,681, Afrika Selatan 734,175, Iran 663,800, Jerman 641,499 dan Chile 518,390.

Lapan negara mencatatkan lebih 400,000 kes iaitu Poland 493,765, Iraq 493,139, Belgium 479,341, Ukraine 453,565, Indonesia 429,574, Bangladesh 417,475, Netherlands 404,392 dan Czechia 403,497.

Berada dalam kelompok 300,000 kes adalah Filipina 391,809, Turki 389,256, Arab Saudi 349,822, Pakistan 340,251, dan Israel 318,402.

Sementara Romania 287,062, Kanada 258,386, Morocco 246,349 dan Switzerland 211,913.

Sebanyak 20 negara merekodkan lebih 100,000 kes termasuk Nepal, Portugal, Sweden, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Kazakhstan, Mesir, Jepun dan Jordan.

Bagi kes kematian pula, daripada 1,241,974 pesakit yang meninggal dunia, AS mendahului dengan 236,064, Brazil 162,015, India 124,985, Mexico 94,323, United Kingdom 48,565, Itali  40,638, Perancis 39,916, Sepanyol 38,833, Iran 37,409, Peru 34,730, Argentina 33,136 dan Colombia 32,405.

Rusia merekodkan 29,654 kematian, Afrika Selatan 19,749, Chile 14,450, Indonesia   14,442, Ecuador 12,761, Belgium 12,520, Iraq 11,244, Jerman 11,153, Turki 10,722 dan Kanada 10,487.

Sementara itu, daripada 32,424,113 kes sembuh,  India merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 7,765,966, Brazil 5,118,156, AS 3,810,791, Rusia 1,288,096, Argentina 1,042,237, Colombia 1,020,263, Peru 838,265 , Mexico 812,556, Afrika Selatan 675,593, Iran 509,952 dan Chile 494,303.

Related posts

Leave a Comment