ARAB Saudi merekodkan kes jangkitan harian Covid-19 terendah hari ini 25 September apabila kes baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 472 berbanding beberapa bulan lalu.
Angka terendah yang direkodkan sebelum ini adalah 483 kes yang dilaporkan pada 20 September lalu.
Setakat ini jumlah keseluruhan kes adalah 332,329 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 4,625 termasuk 26 kematian terbaharu. Jumlah kes aktif pula 12,066 termasuk 1,053 kes kritikal.
Di samping itu sebanyak 843 pesakit sembuh sepenuhnya yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 315,636 atau mencecah 94.97 peratus daripada jumlah kes.
Sementara itu Makkah merekodkan jangkitan tertinggi dengan 86 kes diikuti Madinah 46, Dammam 32, Riyadh 30, Yanbu 26 dan Hafouf 18.
