Jumlah kes di Filipina 237,365

INDONESIA merekodkan 3.444 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 194,109 kes dengan kes aktif 47,509.

Jakarta merekodkan 1,176 kes baharu yang membawa jumlah kumulatif 46,333 kes diikuti Jawa Timur 303 (35,634 kes) sementara Sumatera Barat 244 kes (2,751 kes).

Jumlah kematian pula meningkat kepada 8,025 dengan pertambahan 85 kematian baharu di mana Jawa Timur merekodkan 30 kes (2,545) diikuti Jakarta dengan sembilan kes (1,274) manakala Jawa Tengah lapan kes yang membawa jumlah keseluruhan 1.084 kes. 

Sementara itu kes sembuh meningkat kepada 138,575 berikutan 2,174 lagi pesakit dilaporkan pulih. Jakarta merekodkan kes 801 kes sembuh menjadikan 34,792  kes, Jawa Timur 364 kes  (28,044) dan Jawa Tengah 184 kes (10,018).

SETAKAT pukul 4 petang ini, 6 September 2020, Jabatan Kesihatan (DoH) FILIPINA melaporkan 2,839 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 237,365.

DoH juga mengumumkan sebanyak 23,074 pesakit sembuh yang membawa jumlah pemulihan meningkat kepada 184,687.

Sebanyak 85 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 3,875 kes.sementara kes aktif pula, 48,803.

THAILAND melaporkan enam kes Covid-19 baharu, termasuk tiga lelaki warganegaranya yang baharu kembali dari Singapura dan dijangkiti semula

Pusat Pentadbiran bagi Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan mereka yang berumur antara 43 dan 56 tahun itu disahkan positif Covid-19 semasa di Singapura.

Setelah pulih, mereka kembali ke Thailand pada Jumaat dan disahkan positif semasa tiba dan ketika ini menerima rawatan di sebuah hospital di Bangkok.

Sementara itu, tiga kes baharu yang lain melibatkan dua wanita Thailand berusia 46 dan 83 tahun yang kembali dari Amerika Syarikat dan seorang lelaki Perancis berusia 46 tahun yang datang dari United Kingdom.

Setakat ini, Thailand melaporkan 3,444 kes dengan 58 kematian. Sebanyak 3,281 pesakit pulih sementara 105 masih dirawat di hospital.

Related posts

Leave a Comment