Perikatan Saudi pintas empat dron

ISTANBUL – Pasukan perikatan pimpinan Arab Saudi di Yaman, berjaya memintas dan memusnahkan empat dron, dalam tempoh beberapa jam di wilayah Riyadh, Timur dan Selatan.

Jurucakap Turki al-Maliki memaklumkan demikian menerusi hantaran di platform media sosial X tanpa memberikan butiran lanjut setakat ini.

Yaman kian terjerumus dalam konflik sejak Kumpulan Houthi menawan ibu negara Yaman, Sanaa serta beberapa wilayah lain pada 2014.

Keadaan itu mendorong pakatan yang dipimpin Arab Saudi campur tangan pada 2015 bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf antarabangsa.

Sejak Julai, pertempuran semakin memuncak dan merebak ke negara jiran Arab Saudi, apabila Kumpulan Houthi menyasarkan kemudahan tenaga dan penerbangan termasuk lapangan terbang.

Related posts

Leave a Comment