BUDAPEST – Kerajaan Hungary merancang memperkenalkan cukai kekayaan mulai 1 Januari 2027, terhadap kekayaan melebihi satu bilion forint Hungary (AS$3.1 juta) dan 1.5 peratus terhadap kekayaan melebihi 100 bilion forint (AS$310 juta).
Perdana Menteri, Peter Magyar ketika mengumumkan rancangan kerajaan itu menerusi video di Facebook berkata, cukai itu meliputi hartanah, pelaburan dan pegangan dalam syarikat.
Ini termasuk aset yang dimiliki di luar negara atau melalui struktur pengurusan aset.
Beliau berkata, hutang boleh ditolak daripada asas cukai manakala cukai hartanah dan kenderaan boleh ditolak daripada jumlah liabiliti.
Magyar berkata, bayaran tahunan pertama yang dibuat sendiri akan perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2027, berdasarkan aset yang dimiliki pada akhir 2026.
Cadangan berkenaan akan melalui proses perundingan awam secara menyeluruh sebelum diluluskan.
