PAU 2026, kehadiran bukan sekadar perwakilan

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan acara utama majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka bermula pukul 3 petang.

Terdahulu berlangsung Majlis Penerangan dan Majlis Aspirasi Penerangan UMNO Malaysia di Dewan Tun Dr Ismail.

Pada sebelah malam pula akan berlangsung perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka yang dijangka dirasmikan oleh Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

Sementara itu di luar acara persidangan, para perwakilan dan pengunjung yang mengunjungi WTC berpeluang menikmati pameean dan jualan yang menyediakan 112 ruang rerurai korporat dan gerai jualan

Setiausaha Kerja UMNO,  Mohd Sumali Reduan, sebelum ini berkata, PAU 2026 dijangka mencatat kehadiran lebih 50,000 pengunjung dari seluruh negara.

Kehadiran pengunjung bukan sahaja membabitkan ahli dan perwakilan UMNO, malah orang awam turut dijangka hadir untuk melihat perjalanan sesi PAU serta perkembangan parti itu.

Keadaan itu didorong situasi semasa serta minat orang ramai untuk melihat perkembangan dan momentum UMNO selepas kejayaan pada pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini.

Mohd Sumali berkata, jumlah penyertaan yang terbabit secara langsung dalam persidangan berkenaan dianggarkan sekitar 7,000 orang terdiri daripada perwakilan PAU, Wanita, Pemuda dan Puteri parti.

UMNO turut membuka kaunter keahlian di Aras 2 WTC Kuala Lumpur sepanjang penganjuran PAU yang membuka peluang kepada orang ramai yang ingin mendaftar sebagai ahli UMNO secara terus atau mendapatkan kad keahlian baharu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment