SEREMBAN 2 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersembahkan tiga nama calon Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika menghadap baginda di Istana Hinggap, malam tadi.
Ahmad Zahid berkata, ketiga-tiga nama calon Menteri Besar itu akan diputuskan sebelum diperkenankan Tuanku.
“Saya telah mengemukakan tiga nama kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan saya serahkan tiga nama itu atas budi bicara Tuanku.
“Untuk perkenan dan hak mutlak Tuanku untuk memilih seorang daripada nama-nama yang dikemukakan itu sebagai calon Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu. Alhamdulilah semua calon BN,” katanya ketika ditemui media di hadapan Istana Hinggap Negeri Sembilan malam tadi.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan tiga calon itu tetapi mengesahkan semuanya mewakili BN.
Sementara itu Ahmad Zahid menerusi Facebooknya berkata, beliau dititah menghadap sejurus berakhirnya proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan.
“Dalam sesi menghadap tersebut, saya telah mempersembahkan kepada Tuanku hasil keputusan pilihan raya serta kesepakatan yang dicapai antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.
Atas perkenaan Tuanku, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu,” katanya menerusi Facebook.
Turut serta Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Ahmad Zahid bekata BN menjunjung kasih atas perkenan Tuanku dan akan melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, berlandaskan Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri serta prinsip kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Sembilan.
:Barisan Nasional akan terus menjunjung tinggi, memelihara dan menghormati institusi diraja sebagai payung kedaulatan negeri, lambang perpaduan rakyat serta teras kepada sistem Raja Berperlembagaan.
Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat, kebijaksanaan dan inayah-Nya kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi Negeri Sembilan Darul Khusus serta seluruh rakyatnya,” katanya.
(Foto FB Ahmad Zahid)
Nnnn
