JOHOR BAHRU 12 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Onn Hafiz Ghazi, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua hari ini selepas Barisan Nasional (BN) merekodkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 semalam.
BN Johor berjaya membentuk kerajaan setelah memperoleh 48 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi DUN yang ditandingi mengalahkan Pakatan Harapan (PH) yang berjaya di lapan kerusi DUN.
Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Johor berlangsung di Istana Bukit Serene, di sini di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Ini adalah kali kedua Onn Hafiz diberi kepercayaan mentadbir Johor selepas pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19 pada 15 Mac 2022, susulan kemenangan BN pada PRN Johor 2022.
Ketika itu beliau mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang kini Yang di-Pertuan Agong selepas menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad.
Nnnn
