Bersatu kekal dalam PN, dukacita keputusan Pas

SEPANG 9 Jun – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dukacita terhadap keputusan Pas menamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti itu, yang dibina bersama atas semangat dan persefahaman yang luhur.

Presidennya, Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, Bersatu akan terus kekal berada dalam Perikatan Nasional (PN) sebagai parti komponen gabungan itu.

“Keputusan menghentikan kerjasama politik dan memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah atas kehendak Pas. Sebagai pengasas PN, Bersatu akan terus kekal dalam PN dan memperkukuhkan teras perjuangannya,” katanya dalam kenyataan.

Muhyiddin yang juga bekas Pengerusi PN berkata Bersatu akan memperkasa agenda prihatin rakyat yang dibawa PN sejak penubuhannya.

Pada masa sama, beliau berkata Bersatu akan terus mendokong hasrat rakyat yang mahukan perubahan serta kepimpinan yang mewakili aspirasi seluruh warga Malaysia.

Justeru beliau menuntut setiap ahli parti dan rakan seperjuangan harus fokus kepada usaha memperkukuhkan PN.

“Setiap lapisan pimpinan dan ahli mesti terus meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus utama malah lebih bersemangat dengan ujian terbaru ini.

“Saya yakin rakyat yang mendukung cita-cita PN akan terus istiqamah bersama-sama kita. Insya-Allah, tentunya ada hikmah daripada apa yang berlaku. Semoga Allah SWT memberikan kita petunjuk, taufik dan hidayahNya,” katanya.

Pas secara rasmi malam tadi memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua parti.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam kenyataan, berkata parti memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lalu berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik Pas atas prinsip penyatuan ummah.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment