SEREMBAN 4 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan esok, Jumaat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
Menteri Besar, Aminuddin Harun, pada sidang media khas di kediaman rasmi Menteri Besar malam ini berkata, pembubaran itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Mengenai pembahagian kerusi, beliau berkata Pakatan Harapan (PH) akan bertanding kesemua 36 kerusi dan pembahagian antara komponen iaitu PKR, DAP dan Amanah sudah selesai.
Sidang media itu diakhiri dengan laungan reformasi serta lawan tetap lawan oleh para penyokong..
Nnn
