Harga minyak dunia melonjak

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak selepas Presiden Donald Trump, berkata tentera laut Amerika Syarikat (AS) memintas dan merampas sebuah kapal kargo berbendera Iran, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan tenaga itu.

Harga minyak mentah Brent, penanda aras global, meningkat lebih empat peratus kepada AS$94.20 setong.

Pemerintah Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) telah mengeluarkan beberapa imej yang menunjukkan pasukan tentera laut negara itu memintas sebuah kapal yang dikaitkan dengan Iran sebagai sebahagian daripada sekatan laut yang sedang dilaksanakan di rantau Asia Barat.

Menurut CENTCOM, kapal kargo berkenaan, Touska, ditembak dan dilumpuhkan oleh tentera AS sebelum dirampas pada Ahad.

Operasi itu dijalankan selepas kapal tersebut didakwa cuba melanggar sekatan laut yang dikenakan oleh Washington.

Dalam satu kenyataan di media sosial, CENTCOM berkata pasukan AS sedang meronda di Laut Arab berhampiran Touska pada 20 April ketika muatan kontena kapal berbendera Iran itu diperiksa, selepas tentera Marin AS menaiki dan merampas kapal tersebut.

“Tentera AS sedang meronda di Laut Arab berhampiran M/V Touska pada 20 April, ketika muatan kontena kapal berbendera Iran itu diperiksa selepas ia dirampas oleh tentera Marin AS kerana cuba melanggar sekatan laut Amerika,” kata CENTCOM.

nnn

Related posts

Leave a Comment