Bantuan lebih AS$270 juta bantu krisis

DUBAI – Dubai akan menyediakan bantuan bernilai lebih AS$270 juta bagi membantu perniagaan dan keluarga, menghadapi keadaan luar biasa akibat serangan udara Iran dan penutupan Selat Hormuz.

“Hari ini, kami meluluskan langkah sokongan bernilai AED 1 bilion (AS$272 juta) untuk sektor ekonomi, bertujuan membantu individu, keluarga dan perniagaan menghadapi keadaan luar biasa ini,” kata Pejabat Media Dubai dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, perancangan kerajaan jangka panjang mencerminkan komitmen teguh Dubai terhadap rakyat, penduduk dan warganya.

Pejabat media itu berkata, data menunjukkan ekonomi Dubai berkembang 6.4 peratus pada suku keempat 2025, berdasarkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dikemas kini.

Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan negara-negara Teluk lain berdepan gelombang serangan dron dan peluru berpandu dari Iran selepas Tehran melancarkan kempen serangan balas terhadap negara jirannya sebagai tindak balas kepada serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel bermula 28 Februari lalu.

Related posts

Leave a Comment