Pembangkang cadang Sidang Khas Dewan Rakyat

SEPANG 27 Mac – Ketua Pembangkang,  Hamzah Zainudin memohon agar satu Sidang Khas Dewan Rakyat dipanggil dalam kadar segera bagi membincangkan implikasi konflik di Iran terhadap Malaysia dan ekonomi global.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat susulan pelbagai persoalan dan reaksi yang diterima dalam kalangan rakyat selepas pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semalam.

“Saya telah mengutuskan surat rasmi kepada YAB Perdana Menteri bagi memohon pertimbangan untuk memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat mengikut Perkara 11(3) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam kadar segera bagi membolehkan implikasi peperangan di Iran, serta kesannya terhadap Malaysia dan ekonomi global dibincang serta dibahas secara komprehensif,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, permintaan ini mencerminkan komitmen dan harapan wakil rakyat Blok Pembangkang untuk bersama-sama memainkan peranan bagi memastikan negara sentiasa siap siaga mendepani cabaran ekonomi semasa, terutamanya dalam aspek keterjaminan makanan, kos sara hidup, dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Menurutnya, perkara yang dibangkitkan perlu diteliti secara konstruktif, telus dan melalui perbincangan dua hala dengan mengambil kira kepentingan rakyat serta kedudukan ekonomi negara secara menyeluruh.

Katanya, antara aspek yang perlu diberi perhatian termasuk keterjaminan makanan, kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment