Aktifkan segera MTEN krisis

SEPANG 27 Mac – Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berstatus krisis sepatutnya diaktifkan bagi memantau perkembangan global dan menyusun tindak balas ekonomi yang pantas dan bersepadu secara harian. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, berkata, tindakan membabitkan sektor awam dan swasta itu adalah seperti yang pernah dilaksanakan ketika krisis ekonomi 1997–98, 2008 dan semasa pandemik Covid-19. Beliau juga meminta kerajaan mengadakan pakej rangsangan untuk melindungi sektor kritikal dan pemain industri, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) supaya kesan terhadap rakyat dan ekonomi diminimumkan. “Apa yang diperlukan rakyat ialah hala tuju ekonomi…

Read More

Menghukum pemberi makan kepada rakyat

SEPANG 27 Mac – Kenaikan harga diesel bukan lagi soal pelarasan subsidi sebaliknya keputusan politik yang menghukum golongan yang ‘memberi makan’ kepada rakyat, kata Presiden Putra Ibrahim Ali. Katanya, golongan tersebut yang terdiri daripada nelayan, petani dan pengusaha logistik bukan golongan mewah, tetapi ‘tulang belakang makanan’ negara yang sememangnya kerajaan tahu kesannya kepada golongan ini. “Bot nelayan bergerak dengan diesel, mesin petani bergantung kepada diesel, lori yang membawa makanan ke seluruh negara juga menggunakan diesel. Ini asas yang semua orang faham, termasuk kerajaan, tetapi kos mereka dinaikkan. Bila kerajaan tahu…

Read More

Pembangkang cadang Sidang Khas Dewan Rakyat

SEPANG 27 Mac – Ketua Pembangkang,  Hamzah Zainudin memohon agar satu Sidang Khas Dewan Rakyat dipanggil dalam kadar segera bagi membincangkan implikasi konflik di Iran terhadap Malaysia dan ekonomi global. Beliau berkata, permohonan itu dibuat susulan pelbagai persoalan dan reaksi yang diterima dalam kalangan rakyat selepas pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semalam. “Saya telah mengutuskan surat rasmi kepada YAB Perdana Menteri bagi memohon pertimbangan untuk memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat mengikut Perkara 11(3) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam kadar segera bagi membolehkan implikasi peperangan di Iran, serta kesannya terhadap…

Read More

Sejuta sedia hadapi serangan darat

TEHRAN – Lebih sejuta anggota tentera digerakkan sebagai persediaan Iran menghadapi kemungkinan serangan darat Amerika Syarikat (AS), Spekulasi mengenai potensi “kesilapan bersejarah” Washington melancarkan pencerobohan dari bahagian selatan Iran dikatakan telah mencetuskan gelombang kesediaan dalam kalangan pejuang darat negara itu. Menurut sumber, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan tentera Iran menerima kemasukan permohonan besar-besaran daripada golongan belia yang mahu menyertai pertahanan negara. “Jika AS memilih taktik bunuh diri untuk membuka Selat Hormuz, kami sudah bersedia. Sama ada mereka mahu melaksanakan strategi itu atau biarkan selat terus ditutup, keputusan di tangan…

Read More

Iran perunding hebat, bukan bodoh

WASHINGTON – Presiden Amerika ASyarikat (AS), Donald Trump, memberi bayangan yang beliau tidak pasti sama ada AS bersedia mencapai perjanjian dengan Iran, walaupun mendakwa Tehran berminat untuk berunding. Dalam mesyuarat Kabinet di Rumah Putih, Trump dilaporkan berkata Iran ‘bukan bodoh’ dan adalah perunding yang bijak. “Iran adalah perunding hebat dan mereka ‘merayu’ untuk mencapai persetujuan. Saya tidak tahu sama ada kita boleh melakukannya. Saya juga tidak pasti sama ada kita bersedia untuk berbuat demikian,” katanya. Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump menyifatkan perunding Iran sebagai ‘berbeza dan pelik’ serta…

Read More