GP Bahrain, Arab Saudi April batal

ISTANBUL – Perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain dan Arab Saudi tidak akan berlangsung April ini berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat susulan konflik Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan Iran.

Formula Satu (F1) mengesahkan awal hari ini bahawa perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain dan Arab Saudi tidak akan berlangsung pada April berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat susulan konflik Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, Formula Satu (F1) mengesahkan pembatalan itu awal hari ini dengan memaklumkan beberapa alternatif telah dipertimbangkan, tetapi akhirnya diputuskan bahawa tiada perlumbaan gantian akan diadakan pada April.

Menurut kenyataan itu, Formula 2, Formula 3 dan F1 Academy juga tidak akan berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan selepas rundingan penuh dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta penganjur berkaitan,

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula One Group, Stefano Domenicali, berkata keputusan itu sukar tetapi merupakan langkah yang tepat mengambil kira situasi semasa di Asia Barat.

Sementara Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem berkata, Bahrain dan Arab Saudi amat penting kepada ekosistem musim perlumbaan, dan berharap dapat kembali ke kedua-dua negara itu sebaik sahaja keadaan mengizinkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Bahrain, Sheikh Salman bin Isa Al Khalifa, menyatakan sokongan terhadap keputusan F1 itu serta mengucapkan terima kasih kepada FIA dan komuniti F1.

Beliau berkata, Bahrain menantikan kehadiran semula peminat apabila perlumbaan F1 kembali diadakan.

Pengerusi Persekutuan Automobil dan Motosikal Arab Saudi (SAMF) serta Pengerusi Saudi Motorsport Company (SMC), Putera Khalid bin Sultan Al-Abdullah Al-Faisal, berkata kerajaan Arab Saudi menghormati keputusan kalendar F1 2026 dan menegaskan perkongsian berterusan dengan F1.

Related posts

Leave a Comment