India berkongsi kesedihan Israel

BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri, Narendra Modi menegaskan India berdiri ‘teguh’ dalam sokongan terhadap Israel dan berkongsi kesedihan serta dukacita susulan serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Modi memberitahu Ahli Parlimen di Baitulmaqdis, semalam dalam lawatan dua harinya yang bertujuan memperdalam hubungan perdagangan dan pertahanan, yang mencetuskan kritikan di dalam negara.

Modi juga mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam lawatan dua hari yang bertujuan memperdalam hubungan perdagangan dan pertahanan, yang mencetuskan kritikan di dalam negara.

“Saya… membawa ucapan takziah yang mendalam daripada rakyat India untuk setiap nyawa yang terkorban dan untuk setiap keluarga yang dunianya hancur akibat serangan Hamas pada 7 Oktober,” kata Modi di Knesset, Parlimen Israel.

Dalam ucapannya, Modi tidak secara jelas menyebut puluhan ribu rakyat Palestin yang terkorban di Gaza sepanjang perang lebih dua tahun antara Israel dan Hamas namun menegaskan India menyokong semua usaha yang menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.

Modi juga memberitahu ahli Parlimen Israel pertumbuhan ekonomi India dan kepemimpinan Israel dalam inovasi teknologi membentuk ‘asas semula jadi’ bagi kedua pihak.

Sementara itu, Netanyahu pula berkata India menyokong Israel kerana ia memahami bahawa Israel berperanan sebagai tembok pertahanan menentang kekejaman, sambil menambah lawatan itu membolehkan kedua pihak memperkukuh hubungan dua hala.

Ini adalah lawatan kedua Modi ke Israel sebagai Perdana Menteri sejak beliau mengambil alih jawatan pada 2014.

Nnn

Related posts

Leave a Comment