KUALA LUMPUR 25 Feb. – Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak lima sen kepada RM3.04 seliter, manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 26 Februari hingga 4 Mac ini.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MoF) hari ini, bagi tempoh sama harga runcit petrol RON97 turut dinaikkan lima sen kepada RM3.15 seliter, manakala harga petrol RON95 tanpa subsidi dinaikkan lima sen kepada RM2.59 seliter bagi .
MoF turut memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.
“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” kata kenyataan itu.
Selain itu, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Nnnn
