Mogok pengangkutan awam di Jerman

BERLIN – Mogok seluruh negara yang dijadualkan Jumaat  ini dijangka menjejaskan pengangkutan awm – perkhidmatan bas dan kereta api perbandaran di sebahagian besar Jerman dan dijangka berterusan di beberapa kawasan pada Sabtu.

Di kebanyakan bandar, perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat pengangkutan perbandaran akan digantung sepanjang hari, dijadualkan bermula pada awal pagi Jumaat dan bergantung pada wilayah, boleh berlarutan hingga awal pagi Ahad.

Mogok itu ialah tindakan kedua pada peringkat kebangsaan dalam pusingan rundingan kolektif yang sedang berjalan.

Sebelum ini  semasa mogok pada 2 Februari, pengangkutan awam tempatan di sebahagian besar Jerman hampir lumpuh sepenuhnya.

Dalam rundingan yang dijalankan di kesemua 16 negeri, kesatuan pekerja berpengaruh, Verdi menyasarkan penambahbaikan keadaan kerja termasuk pengurangan waktu kerja mingguan dan syif, tempoh rehat yang lebih lama, serta bonus yang lebih tinggi untuk kerja malam dan hujung minggu.

Bagaimanapun Timbalan Pengerusi Verdi Christine Behle dalam kenyataan berkata, majikan masih tidak faham bahawa dalam jangka masa panjang, perkhidmatan pengangkutan awam tidak akan berfungsi melainkan keadaan kerja dipertingkatkan secara signifikan sekarang.

Katanya, rakan sekerja amat memerlukan bantuan dan majikan memerlukan isyarat jelas yang kami bertekad untuk memperjuangkan tuntutan pekerja.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment