KUALA LUMPUR 23 Feb . – Pas terus komited memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) secara kolektif dan inklusif, seterusnya menterjemahkan nilai kesederhanaan dan keadilan untuk semua, demi kestabilan dan keharmonian negara.
Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, beliau menyambut baik kepercayaan semua parti anggota PN yang bersetuju dengan cadangannya untuk melantik Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN baharu.
“Pas merakamkan sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas segala jasa, sumbangan dan khidmat baki yang dicurahkan sepanjang menerajui PN,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Terdahulu, Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN sebulat suara bersetuju melantik Ahmad Samsuri mengetuai gabungan itu menggantikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan 1 Januari lalu.
Muhyiddin kini timbalan pengerusi PN.
Mesyuarat di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dihadiri oleh semua ahli Majlis Tertinggi PN, termasuk empat Presiden parti anggota iaitu Muhyiddin (Bersatu), Abdul Hadi (Pas), Dr. Dominic Lau (Gerakan) dan P.Punithan ( MIPP).
Mesyuarat meluluskan peletakan jawatan Muhyiddin selaku Pengerusi PN berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026.
Nnnn
