Bersatu pecat Saifuddin Abdullah

SEPANG 6 Jan.  – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah dipecat daripada keahlian Bersatu, berkuat kuasa hari ini, selepas didakwa melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti.

Beliau yang sebelum ini digugurkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang menerima surat daripada Lembaga Tatatertib Bersatu petang ini, difahamkan hasil satu mesyuarat yang diadakan semalam.

Saifuddin memaklumkan akan mengemukakan rayuan dalam beberapa hari lagi berhubung keputusan itu.

Tiada butiran lanjut yang memperincikan kesalahan khusus yang dilakukannya.

Sebelum ini, Bersatu memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan serta menggantung keahlian selama satu penggal Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Keputusan itu dibuat berhubung isu akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran presiden parti itu  Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Nnnnnnn

Related posts

Leave a Comment