SEPANG 6 Jan. – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah dipecat daripada keahlian Bersatu, berkuat kuasa hari ini, selepas didakwa melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti. Beliau yang sebelum ini digugurkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang menerima surat daripada Lembaga Tatatertib Bersatu petang ini, difahamkan hasil satu mesyuarat yang diadakan semalam. Saifuddin memaklumkan akan mengemukakan rayuan dalam beberapa hari lagi berhubung keputusan itu. Tiada butiran lanjut yang memperincikan kesalahan khusus yang dilakukannya. Sebelum ini, Bersatu memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan serta menggantung keahlian selama…
Read MoreDay: January 6, 2026
Dr Mahathir patah tulang bahagian pinggul
KUALA LUMPUR 6 Jan. – Dr Mahathir Mohamad, yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini, disahkan mengalami patah tulang di bahagian pinggul kanan selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya. Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff, berkata sehubungan itu bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu dijangka memerlukan rawatan dan pemerhatian doktor di hospital bagi tempoh beberapa minggu lagi. “Selepas menjalani penilaian perubatan, disahkan bahawa Tun (Dr Mahathir) mengalami patah tulang pada bahagian pinggul kanan. “Tun dijangka dimasukkan ke hospital untuk tempoh beberapa minggu bagi rawatan dan pemerhatian,” katanya melalui saluran kumpulan…
Read MoreHaramkan vape sistem terbuka tahun ini
PUTRAJAYA 6 Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk melaksanakan pengharaman penjualan rokok elektronik atau vape sistem terbuka pada tahun ini, kata Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad. Katanya, ia bertujuan mengekang penyalahgunaan cecair yang mengandungi bahan sintetik dalam vape seperti dadah dan KKM tidak akan berkompromi dalam penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). “Berhubung isu rokok dan vape, pendirian saya kekal. Penguatkuasaan penuh akta ini adalah tanggungjawab moral kita untuk melindungi generasi akan datang daripada ancaman penyakit tidak berjangkit (NCD) dan popcorn lung (bronchiolitis obliterans). “Ini…
Read MorePM: Bergantung prestasi bukan masa
ALOR SETAR 6 Jan. – Tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri bergantung kepada prestasi penyandang jawatan itu, bukannya tempoh masa, kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau berkata, tidak menjadi masalah masalah sekiranya penyandang jawatan itu menunjukkan prestasi yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat serta negara. “Kalau prestasi PM bagus, berapa penggal pun tak mengapa, sehingga 10 tahun, 10 penggal pun tak ada masalah. Kalau prestasi PM itu tidak bagus, tak payah tunggu habis satu penggal,” katanya. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memaklumkan Rang…
Read MoreUMNO kekal bersama Kerajaan Perpaduan
PUTRAJAYA 6 Jan. – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan bersama-sama Pakatan Harapan (PH) hingga tamat penggal dan kekal dengan pendirian tidak akan melakukan ‘tebuk atap’ kepada kerajaan sekarang ini. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu memang menjadi pendirian UMNO dan BN ketika memasuki kerjasama dengan PH sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan pada Disember 2022. Katanya, ia antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik semalam iaitu cadangan daripada Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh pada Sabtu lalu untuk parti itu menarik…
Read MoreBerita pilihan…
Presiden Colombia sedia ‘angkat senjata’
BOGOTA – Demi tanah air, Presiden Colombia, Gustavo Petro, menyatakan kesediaan untuk “angkat senjata” susulan ancaman daripada Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini melancarkan serangan ketenteraan ke atas Venezuela dan menahan Presiden Nicolas Maduro. Petro, bekas gerila yang pernah bersumpah tidak akan memegang senjata lagi, menulis di platform X: “Saya bersumpah tidak akan menyentuh senjata lagi… tetapi demi tanah air, saya akan ‘angkat senjata’ semula.” Ketegangan memuncak selepas Presiden Donald Trump memberi amaran keras kepada Petro agar “berjaga-jaga” dan menuduh pemimpin berhaluan kiri itu sebagai “sakit” serta terlibat dalam pengedaran…
Read MoreMaduro isytihar “Presiden negara saya”
NEW YORK – Nicolas Maduro yang tampil di Mahkamah Persekutuan Manhattan, dengan tegas mengisytiharkan dirinya sebagai “Presiden negara saya” sambil membantah penahanannya. Presiden Venezuela yang digulingkan selepas ditahan dalam operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pengedaran dadah yang dikenakan ke atasnya. Ketika diminta menyatakan pengakuan, beliau yang mendakwa diculik menegaskan: “Saya tidak bersalah. Saya seorang yang baik, Presiden negara saya.” Isterinya, Cilia Flores, yang turut ditahan bersama beliau hujung minggu lalu, juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pengedaran dadah dan senjata. Beberapa laporan media tempatan…
Read More