Rakiah menang BYD Sealion 7 JIMBA

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Warga emas, dari Gua Musang, Kelantan berjaya membawa pulang sebuah kereta BYD Sealion 7 bernilai RM171, 585 menerusi Cabutan Bonanza Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) malam tadi.

Rakiah Sulaiman, 60 jemaah umrah bersama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) pada Ogos lalu diumumkan dalam satu undian sistem elektronik melibatkan 11 nama peserta terpilih yang sebelum ini mendaftar pakej dengan Andalusia.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah, terima kasih kepada Andalusia dapat hadiah kereta” kata Rakiah melalui video lintas langsung dari Gua Musang.

Lebih menarik, walaupun Rakiah hanya hadir di majlis yang berlangsung di cawangan Andalusia di Kelantan, anak-anaknya kebetulan turut berada di Darul Muttaqin Home bagi mengikuti JIMBA Finale.

Menurut salah seorang anaknya, mereka sekeluarga seramai 11 orang menunaikan umrah pada Ogos lalu.

Katanya, mungkin berkat doa di Baitullah, kelurganya mendapat rezeki berganda daripada Andalusia dan mendoakan agensi pengendali haji dan umrah itu akan terus maju serta menjadi pilihan masyarakat Islam.

Calon yang terpilih melibatkan cawangan Kuantan, Bangi, Seberang Jaya, Batu Pahat, Banting, Gua Musang, manakala yang lain melibatkan mereka yang hadir di Darul Muttaqin Home.

Bagaimanapun sebelum undian memilih pemenang Hadiah Bonanza itu, Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Ida Riswana Idris mengumumkan 10 calon terakhir yang tidak memenangi kereta berpeluang melancong ke Hatyai selama empat hari tiga malam.

Sebelum kemuncak hadiah kereta itu, 15 pemenang pakej umrah yang bernilai lebih RM5,000 turut dipilih berdasarkan nombor kad pengenalan negeri bagi setiap negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Bagi melayakkan diri untu menang pakej itu, pemenang yang nama mereka terpilih mesti menghadirkan diri pada majlis berkenaan di cawangan terpilih atau di lokasi utamanya di Darul Muttaqin Home, Ampang Hilir.

Lebih 11,000 mendaftar untuk hadir di lokasi majlis berlangsung di seluruh negara malam tadi.

Selain itu satu sesi cabutan khas dengan hadiah pakej umrah bernilai RM…..juga diadakan yang melibatkan mereka yang mendaftar di cawangan ibu pejabat, Wisma Andalusia yang dimenangi oleh Saiful Bahri Suhadak.

Dua lagi hadiah tambahan melibatkan pakej umrah bernilai lebih RM7,000 bersama Amal Malaysia dimenangi Azman Abdul Aziz manakala pakej umrah dan melancong bersama Saudi Airlines bernilai lebih RM10,000 dimenangi Fauziah Ishak.

Selain kereta dan pakej umrah, JIMBA sempena ulang tahun ke-23 Andalusia yang bermula awal tahun ini menawarkan pelbagai hadiah lain termasuk motosikal, percutian ke luar negara, barangan elektrik dan baucar diskaun pakej umrah bernilai RM50.

Nilai bagi kesemua hadiah menerusi 52 cabutan yang diadakan setiap minggu termasuk hadiah utama berjumlah lebih RM500,000.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment