Israel didakwa lakukan 497 pelanggaran

ISTANBUL – Pejabat Media Kerajaan Gaza mendakwa tentera Israel melakukan 497 pelanggaran terhadap gencatan senjata di Semenanjung Gaza sejak ia berkuat kuasa, mengakibatkan 342 orang maut dan 875 yang lain cedera.

Israel didakwa secara sistematik menjejaskan perjanjian berkenaan melalui serangan maut dan pencerobohan berulang di mana sebanyak 27 pelanggaran direkodkan semalam, menyebabkan 24 kematian dan 87 kecederaan.

Ia menyifatkan corak tindakan itu sebagai “pelanggaran terang-terangan” terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta protokol kemanusiaan yang dilampirkan pada perjanjian gencatan senjata.

Sejak 10 Oktober, pelanggaran Israel termasuk 142 insiden tembakan yang menyasarkan orang awam, rumah dan khemah pelarian; 21 pencerobohan darat melangkaui “garisan kuning”; 228 serangan udara, artileri dan darat; serta 100 insiden perobohan rumah dan struktur awam.

Pejabat media itu berkata, 35 penduduk Palestin turut ditahan dalam serbuan dan pencerobohan, sambil menuduh Israel cuba “mewujudkan realiti baharu yang berdarah serta mengancam keselamatan dan kestabilan di Semenanjung Gaza.”

Nnn

Related posts

Leave a Comment