WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mengesahkan penjualan operasi TikTok di Amerika Syarikat (AS) kepada pelabur tempatan dan antarabangsa dan sekali gus memenuhi keperluan keselamatan negara seperti termaktub dalam undang-undang 2024.
Menurut Naib Presiden JD Vance, syarikat baharu itu bernilai sekitar AS$14 bilion, pertama kali nilai aplikasi video pendek popular itu diumumkan secara rasmi.
Menerusi perintah eksekutif berkenaan, TikTok akan dimiliki dan dikawal majoriti oleh entiti AS, manakala syarikat induknya di China, ByteDance serta syarikat berkaitan hanya dibenarkan memiliki kurang daripada 20 peratus kepentingan dalam usaha sama baharu itu.
Trump sebelum ini menangguhkan penguatkuasaan undang-undang yang mengharamkan aplikasi itu sekiranya tidak dijual kepada pihak AS sehingga 16 Disember.
Ia bagi memberi ruang kepada proses pengambilalihan aset TikTok di AS, mencari pelabur tempatan dan antarabangsa, serta mendapatkan kelulusan kerajaan China.
TikTok, yang mempunyai 170 juta pengguna di AS, turut diiktiraf Trump sebagai antara faktor kemenangan beliau dalam pilihan raya presiden tahun lalu di mana beliau mempunyai lebih 15 juta pengikut di akaun peribadinya, selain White House yang melancarkan akaun rasmi bulan lalu.
“Mulai sekarang, ini akan dioperasikan sepenuhnya oleh pihak Amerika,” tegas Trump.
Nnnn
