PAPAR – Pas Sabah menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang dijadual berlangsung tahun ini.
Pesuruhjaya Pas Sabah Datuk Dr Aliakbar Gulasan, berkata di samping persediaan jentera parti, pihaknya juga selesai dalam proses menyediakan senarai calon yang ingin diketengahkan.
Beliau yang juga Naib Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, berkata Pas
hanya menanti hari pembubaran DUN Sabah dan juga tempoh kempen.
“Kita mungkin tidak akan pergi (sasar tanding kerusi DUN) terlalu banyak. Saya boleh anggarkan mungkin paling banyak pun 15 kerusi,” katanya selepas pertemuan bersama komuniti nelayan Papar di Kampung Kuala, di sini, hari ini.
Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik berkata pihaknya mendengar luahan komuniti nelayan yang berdepan isu disaman kerana melepasi kawasan persempadanan perairan dilindungi.
Nnnn
