Ketua Daerah MAN sertai Warisan

KOTA KINABALU 24 Sept. – Menjelang Pilihan Raya Negeri ( PRN) Sabah, Ketua Daerah di Mahkamah Anak Negeri (MAN) di sini, Edna Jessica Mojimbun menyertai parti Warisan. Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan penyertaan Edna pada sidang media di sini hari ini yang menyifatkan keputusan tersebut sebagai langkah penting ke arah pembaharuan kepemimpinan dan keterangkuman. Shafie berkata Warisan gembira dan mengalu-ngalukan penyertaan Edna yang sanggup sedikit sebanyak mengorbankan jawatan dalam kerajaan demi masa depan rakyat Sabah. Mengenai kemasukan Edna, Mohd Shafie menyifatkan keputusan tersebut sebagai langkah penting ke…

Read More

Hanya 2,915 sah pemasangan SLD

PUTRAJAYA 24 Sept. – Seminggu menjelang penguatkuasaan pemasangan peranti had kelajuan (SLD), hanya 2,915 atau 2.68 peratus kenderaan perdagangan termasuk bas persiaran dan ekspres mengesahkan pemasangan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pada sidang media di sini, hari ini berkata, sejumlah 105,890 atau 97.32 peratus kenderaan belum mengesahkan pemasangan SLD sebelum ia dikuatkuasakan bermula 1 Oktober ini. Justeru beliau mengingatkan, tiada kompromi akan diberikan selepas tarikh berkuat kuasa, malah Notis 114 atau Notis Panggilan Temu Siasat akan dikeluarkan terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang gagal mematuhi ketetapan itu. SLD, peranti atau sistem kawalan…

Read More

Pas Sabah sasar tanding 15 kerusi

PAPAR – Pas Sabah menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang dijadual berlangsung tahun ini. Pesuruhjaya Pas Sabah Datuk Dr Aliakbar Gulasan, berkata di samping persediaan jentera parti, pihaknya juga selesai dalam proses menyediakan senarai calon yang ingin diketengahkan. Beliau yang juga Naib Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, berkata Pas hanya menanti hari pembubaran DUN Sabah dan juga tempoh kempen. “Kita mungkin tidak akan pergi (sasar tanding kerusi DUN) terlalu banyak. Saya boleh anggarkan mungkin paling banyak pun 15…

Read More

Trump diminta pimpin proses damai

NEW YORK – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bersama pemimpin Arab dan Islam menggesa Presiden AS, Donald Trump memimpin proses damai di Semenanjung Gaza. Menteri Luar Sugiono berkata, permintaan itu disampaikan semasa mesyuarat pelbagai hala mengenai Gaza yang dipengerusikan Trump dan dihadiri Prabowo serta wakil Mesir, Jordan, Qatar, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan Turkiye. “Mereka meminta kepemimpinan AS dalam menyelesaikan isu Gaza dan Palestin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Menurut Sugiono, pada mesyuarat berlangsung di luar Perhimpunan Agung PBB itu, Trump…

Read More

Indonesia sedia hantar 20,000 pengaman

NEW YORK – Indonesia menawarkan untuk menghantar sekurang-kurangnya 20,000 anggota tentera sebagai pasukan pengaman ke Gaza bagi mempertahankan sebarang perjanjian damai pada masa hadapan. Presiden Prabowo Subianto, berkata negara majoriti penduduk Islam terbesar di dunia itu mahukan keamanan yang membuktikan ‘kuat tidak bermakna betul’. Ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Prabowo berkata, Indonesia bersedia membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjamin keamanan di Gaza. “Kami percaya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kami akan terus berkhidmat di tempat yang memerlukan penjaga keamanan – bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi dengan…

Read More

Palestin: Trump kecam langkah Barat

NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengecam langkah kuasa Barat mengiktiraf negara Palestin yang didakwanya hanya memberi ‘ganjaran besar’ kepada Hamas. Beliau berkata, kuasa dunia sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha membebaskan tebusan yang masih ditahan Hamas di Gaza, hampir dua tahun sejak perang Oktober 2023. Trump berucap di di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), ketika beberapa negara termasuk Perancis, Britain, Kanada, Australia dan Portugal mengambil keputusan untuk mengiktiraf negara Palestin. Israel berdepan kecaman antarabangsa susulan tindakannya di Gaza yang menyebabkan kemusnahan besar, dengan lebih 65,000 rakyat…

Read More