Mohon inkues kematian Syamsul Haris

KAJANG 29 Ogos – Jabatan Peguam Negara diminta untuk mengadakan inkues kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

Peguam keluarga Allahyarham, Naran Singh Ara Singh, berkata pihaknya berharap agar arahan untuk mengadakan inkues segera dikeluarkan selepas bedah siasat kedua p dilaksanakan.

“Walaupun pada awalnya pihak Peguam Negara membantah pelaksanaan bedah siasat itu, akhirnya ia berjaya dijalankan selepas mahkamah mengeluarkan arahan.

“Saya berharap selepas ini inkues juga akan diwajibkan agar kebenaran dapat dicapai, sama seperti kes Zara (Allahyarham Zara Qairina) dahulu di mana proses bedah siasat dituntut, bagi mengenal pasti punca kematian dijalankan,” katanya kepada media selepas kerja menggali semula jenazah Syamsul Haris di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu, Semenyih, di sini hari ini.

Menurut Naran Singh, beliau pernah menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara mengenai perkara itu sebelum ini, namun tiada jawapan diterima.

Sementara itu Naran Singh berkata, proses bedah siasat kedua jasad Allahyarham Syamsul Haris akan dijalankan esok.

Katanya, kerja gali kubur dijalankan empat penggali bermula pukul 8.45 pagi dengan jasad dibawa keluar pukul 9.22 pagi tadi dari Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu, di sini.

“Jasad dalam keadaan baik dan dibungkus dengan bungkusan khas disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Naran Singh berkata, pihaknya serta keluarga berpuas hati dengan proses penggalian semula kubur berkenaan yang turut dihadiri tiga pakar forensik daripada IPFN HKL serta wakil pakar forensik keluarga, Dr Bhupinder Singh.

“Sebelum ini, ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, ada melihat kecederaan pada mata, hidung berdarah, dada yang luka serta kesan lebam pada anaknya.

“Bagaimana Menteri Pertahanan (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) boleh maklumkan bahawa tiada kecederaan dialaminya (Syamsul Haris).

“Pastinya seorang ibu akan rasa sedih dan akan meneruskan perjuangan hingga mencapai keadilan,” katanya yang memaklumkan tidak pasti jangka masa proses bedah siasat kedua dijalankan.

Mengulas mengenai desas desus perkhidmatannya sebagai peguam yang dikategorikan sebagai ‘mahal’, beliau berkata, khidmatnya dijalankan secara probono.

“Ada banyak khabar angin mengenai khidmat saya yang dikatakan mahal. Harus diingat bahawa saya lakukan ini (perkhidmatan mewakili keluarga Syamsul Haris) adalah secara probono (percuma).

“Ia adalah demi keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, bangsa mahupun agama,” katanya.

Sementara itu, Ummu Haiman berkata, beliau berpuas hati dengan proses penggalian kubur anaknya,

Nnnn

Related posts

Leave a Comment