PUTRAJAYA 29 Ogos – Sebanyak 4,600 kedai terpilih akan menawarkan barangan asas yang disenaraikan untuk ditebus penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sebanyak RM100 bermula 31 Ogos ini. Jumlah kedai terpilih meningkat berbanding 4,100 yang diumum sebelum ini bagi memudahkan orang ramai membelanjakan bantuan Sara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata individu berusia 18 tahun ke atas yang ingin menyemak jumlah baki bantuan Sara boleh berbuat demikian melalui pautan rasmi di sara.gov.my. “Setiap orang dewasa berusia 18 tahun ke atas akan mendapat RM100 yang dimasukkan ke dalam MyKad dan boleh…
Read MoreDay: August 29, 2025
Tol percuma sebulan lebuh raya EKVE
AMPANG 29 Ogos – Pengguna Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) fasa pertama yang menghubungkan Sungai Long ke Ampang akan menikmati tol percuma selama sebulan mulai pukul 6 pagi 30 Ogos sehingga 11.59 malam 30 September ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan demikian pada perasmian pembukaan Seksyen Satu Persimpangan Bertingkat Sungai Long ke Persimpangan Bertingkat Ampang Lebuhraya EKVE di Plaza Tol Ampang di sini, hari ini. Katanya, pengecualian itu adalah sempena pembukaan rasmi dan sambutan Hari Kebangsaan. Beliau juga berharap pembinaan jajaran Seksyen 2 Lebuhraya EKVE dapat disiapkan segera demi kemudahan…
Read MoreMohon inkues kematian Syamsul Haris
KAJANG 29 Ogos – Jabatan Peguam Negara diminta untuk mengadakan inkues kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin. Peguam keluarga Allahyarham, Naran Singh Ara Singh, berkata pihaknya berharap agar arahan untuk mengadakan inkues segera dikeluarkan selepas bedah siasat kedua p dilaksanakan. “Walaupun pada awalnya pihak Peguam Negara membantah pelaksanaan bedah siasat itu, akhirnya ia berjaya dijalankan selepas mahkamah mengeluarkan arahan. “Saya berharap selepas ini inkues juga akan diwajibkan agar kebenaran dapat dicapai, sama seperti kes Zara (Allahyarham Zara Qairina) dahulu di mana proses bedah siasat…
Read MoreBerita pilihan….
Sekatan EU terhadap Russia
BRUSSELS – Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, mengumumkan tindakan baharu untuk menghukum Russia selepas peluru berpandu negara itu membedil kawasan yang hampir dengan pejabat diplomatik Kesatuan Eropah (EU) di Kyiv. Beliau memberitahu, pihaknya akan membentangkan pakej sekatan ke-19 yang lebih keras, tidak lama lagi. Bercakap pada wartawan, beliau memberitahu, pihaknyq juga mempercepatkan usaha berkaitan aset Russia dibekukan untuk menyumbang kepada pertahanan dan pembinaan semula Ukraine. Tentera Udara Ukraine mendakwa bahawa Russia menyerang Ukraine dengan 629 dron, peluru berpandu dan peluru berpandu krus sejak petang Rabu lalu sehingga membunuh…
Read MorePengimport vape etomidate boleh dipenjara
SINGAPURA – Mulai 1 September ini, Singapura akan mengenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan 15 sebatan terhadap pengimport rokok elektronik etomidate, sebagai sebahagian daripada tindakan baharu yang keras terhadap ancaman penyalahgunaan bahan yang dikaitkan dengan peranti itu. Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri dalam kenyataan bersama memaklumkan penjual serta pengedar akan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan lima sebatan. Individu yang didapati menggunakan rokok elektronik etomidate atau positif saringan etomidate tidak lagi hanya dikenakan denda sebaliknya mereka boleh diarahkan menjalani pemulihan, rawatan, pengawasan mandatori dan penahanan.…
Read More