Flotila protes gesa gencatan senjata

GAZA – Ketika Kabinet Keselamatan Israel sedang mempertimbangkan rancangan untuk menawan semula Gaza, keluarga dan penyokong tahanan Israel yang masih ditahan Hamas melancarkan flotila protes berhampiran sempadan maritim Gaza.

Mereka menyeru kerajaan Israel agar segera mencapai perjanjian gencatan senjata dan membawa pulang tahanan.

Konvoi 11 bot itu yang membawa keluarga tahanan dan wartawan berlepas dari pelabuhan Ashkelon, membawa mesej simbolik dan harapan agar suara mereka didengari oleh para tahanan di Gaza.

Para peserta melaungkan mesej melalui pembesar suara dan menjatuhkan pelampung ke laut sebagai simbol sokongan.

“Kami belayar untuk bersuara bagi mereka yang ditawan,” kata jurucakap Forum Keluarga Tahanan dan Orang Hilang.

“Keputusan untuk melanjutkan perang adalah hukuman mati kepada mereka yang masih hidup,” kata Lior Horev dari forum tersebut.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 61,000 rakyat Palestin telah terbunuh sejak konflik bermula pada Oktober 2023 manakala sekurang–kurangnya 193 orang, termasuk 96 kanak-kanak, dilaporkan mati akibat kebuluran.

Israel menyatakan bahawa Hamas masih menahan 50 tahanan, dengan hanya 20 dipercayai masih hidup.

Nnn

Related posts

Leave a Comment