Serangan udara Israel ke atas Lubnan

BEIRUT – Sekurang-kurangnya tujuh serangan udara dilancarkan Israel ke atas beberapa kawasan di Lubnan, termasuk Lembah Bekaa, Baalbek dan Ghaziyeh, tindakan melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimeterai dengan Hezbollah.

Serangan turut menyasarkan kawasan Brital, Nasiriyah, Jarmak, Mahmoudiya dan Khardali, menyebabkan kebakaran besar di sebuah gudang di Ghaziyeh.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, mengesahkan bahawa serangan itu menyasarkan tapak pengeluaran peluru berpandu tepat milik Hezbollah, yang didakwa cuba membina semula kekuatan ketenteraannya.

Tentera Israel pula memaklumkan bahawa mereka menyerang infrastruktur yang digunakan untuk menghasilkan dan menyimpan senjata strategik di selatan Lubnan dan Lembah Bekaa di timur negara itu.

Agensi Berita Nasional Lubnan yang dikendalikan kerajaan turut melaporkan serangan udara di Bekaa dan selatan Lubnan.

Hezbollah didakwa cuba membina semula infrastruktur ketenteraan mereka dan menggesa tentera Lubnan mengambil tindakan melucutkan senjata kumpulan militan berkenaan.

Pegawai tempatan melaporkan bahawa lebih 60 orang terbunuh dan lebih 120 cedera dalam serangan itu, menjadikannya hari paling berdarah di Baalbek dalam tempoh lebih setahun.

Presiden Lubnan, Joseph Aoun, dalam ucapan rasmi pada Khamis, mengulangi desakan supaya Hizbullah menyerahkan senjata kepada tentera Lubnan, satu tuntutan yang ditolak oleh kumpulan itu.

Aoun turut menuntut penarikan segera tentera Israel dari wilayah Lubnan, pembebasan tahanan dan pemberhentian serangan udara serta pembunuhan sasaran oleh Israel.

Hizbullah menegaskan bahawa pelucutan senjata hanya akan dibincangkan selepas Israel menghentikan serangan dan berundur sepenuhnya dari Lubnan.

Sementara itu, Ketua Hizbullah, Sheikh Naim Qassem, menyifatkan tuntutan pelucutan senjata sebagai ‘tunduk kepada tuntutan Israel’.

Nnn

Related posts

Leave a Comment