Warisan mahu tanding 73 kerusi DUN

SEMPORNA – Parti Warisan mengesahkan akan bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang dijadualkan berlangsung tahun ini, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau berkata, semua calon yang berpotensi untuk bertanding di semua 73 kerusi itu juga sudah disenaraikan. “Kita cuma tinggal menunggu pengumuman (tarikh PRN17) sahaja lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Imam Laggu, Jalan Kunak-Semporna, malam ini. Shafie turut menyenaraikan tiga kriteria utama calon yang dipilih pihaknya untuk bertanding dalam…

Read More

Dua anugerah The BrandLaureate milik Andalusia

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) membuktikan kecemerlangannya dalam mengendalikan pakej pelancongan dan umrah di rantau ini apabila menerima dua anugerah sempena The BrandLaureate 20th Anniversary Special Limited Edition BestBrands Awards 2025 di Singapura malam tadi. Syarikat pengendali haji dan umrah itu diumumkan penerima anugerah kategori “BestBrand Award 2025, Excellence in International Umrah Travel & Tour” untuk Andalusia dan “The Brand Leadership Award 2025 – Industry Icon” untuk Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel, Ida Riswana Idris. Untuk rekod, sebelum ini, Andalusia yang memulakan…

Read More

Kadar tarif tidak jejas hak kedaulatan negara

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan tarif timbal balas ke atas eksport Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus dicapai tanpa menjejaskan hak kedaulatan negara untuk melaksanakan dasar-dasar penting demi menyokong kestabilan dan pertumbuhan sosioekonomi negara. Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), berkata rundingan tarif antara Malaysia dan AS yang bermula pada 6 Mei 2025 telah dimuktamadkan secara rasmi pada 31 Julai 2025. Dalam satu kenyataan, MITI berkata hasil positif ini adalah susulan kepada usaha berterusan antara kedua-dua kerajaan melalui pelbagai platform dua hala,…

Read More

Serangan udara Israel ke atas Lubnan

BEIRUT – Sekurang-kurangnya tujuh serangan udara dilancarkan Israel ke atas beberapa kawasan di Lubnan, termasuk Lembah Bekaa, Baalbek dan Ghaziyeh, tindakan melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimeterai dengan Hezbollah. Serangan turut menyasarkan kawasan Brital, Nasiriyah, Jarmak, Mahmoudiya dan Khardali, menyebabkan kebakaran besar di sebuah gudang di Ghaziyeh. Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, mengesahkan bahawa serangan itu menyasarkan tapak pengeluaran peluru berpandu tepat milik Hezbollah, yang didakwa cuba membina semula kekuatan ketenteraannya. Tentera Israel pula memaklumkan bahawa mereka menyerang infrastruktur yang digunakan untuk menghasilkan dan menyimpan senjata strategik di selatan Lubnan…

Read More

Lebih 1.2 juta tunai umrah

JEDDAH – Lebih 1.2 juta jemaah memasuki Arab Saudi untuk menunaikan umrah sejak permulaan musim pada 15 Zulhijah hingga akhir 30 Muharam, peningkatan 30 peratus kemasukan dengan visa umrah berbanding tempoh sama tahun lepas. Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, seperti dilaporkan Agensi Berita Saudi (SPA), kemasukan jemaah itu adalah dari 109 negara. Selain itu, terdapat peningkatan 27 peratus dalam jumlah visa umrah yang dikeluarkan, dan lebih 4,200 kontrak ditandatangani antara syarikat umrah dan ejen luar, sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan operasi dalam menyambut kedatangan jemaah. Kementerian itu sebelum ini…

Read More