ISTANBUL – Kalangan pemimpin Eropah menyambut baik pengumuman Presiden Perancis, Emmanuel Macron bahawa negara itu secara rasmi akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Pendirian Macron itu disifatkan sebagai langkah penting ke arah mencapai keamanan di Asia Barat.
“Saya mengalu-alukan pengumuman Presiden Macron bahawa Perancis akan mengiktiraf Palestin pada September,” kata Perdana Menteri Ireland Simon Harris di X.
Katanya, ini adalah sumbangan penting ke arah merealisasikan penyelesaian dua negara, yang menjadi satu-satunya asas berkekalan bagi keamanan dan keselamatan rakyat Israel dan Palestin.
Terdahulu dalam satu hantaran di platform X pada Khamis, Macron berkata beliau akan memformalkan keputusan itu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September.
Perdana Menteri Ireland Simon Harris di X turut mengalu-alukan pengumuman Presiden Macronmitu.
“Ini adalah sumbangan penting ke arah merealisasikan penyelesaian dua negara, yang menjadi satu-satunya asas berkekalan bagi keamanan dan keselamatan rakyat Israel dan Palestin.” katanya.
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez turut menyatakan sokongan dalam satu hantaran di X.
“Saya mengalu-alukan keputusan Perancis menyertai Sepanyol dan negara Eropah lain dalam mengiktiraf Negara Palestin. Bersama-sama, kita mesti lindungi apa yang cuba dimusnahkan oleh Netanyahu. Penyelesaian dua negara ialah satu-satunya jalan.”, katanya.
Perdana Menteri Scotland John Swinney pula menggesa kerajaan United Kingdom mengikuti jejak Perancis.
Menteri Luar Slovenia Tanja Fajon, menyifatkan keputusan Macron sebagai “langkah berani untuk keamanan dan penyelesaian dua negara,” sambil menegaskan komitmen negaranya terhadap undang-undang antarabangsa dan perdamaian berkekalan di rantau itu.
Republik Czech turut memberi reaksi terhadap pengumuman Macron dengan mengulangi pendiriannya yang lama menyokong penyelesaian dua negara.
Namun begitu, dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Czech menegaskan bahawa status kenegaraan Palestin mesti dicapai melalui rundingan langsung antara Israel dan Palestin.
Presiden Czech Petr Pavel, turut menyuarakan pandangan yang sama ketika dalam lawatan ke Jepun.
Nnn
