Rafizi sudah kemas pejabat

PUTRAJAYA 12 Jun  – Ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahukan Rafizi Ramli menyertai semula Kabinet, Menteri Ekonomi itu masuk ke pejabat buat kali terakhir semalam dan hari ini untuk mengemas pejabat.

Rafizi yang sedang menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun ini menerusi Facebooknya memberitahu, kehadirannya di pejabat juga untuk urusan-urusan terakhir sebelum peletakan jawatannya berkuat kuasa pada 17 Jun ini.

Terdahulu di Melaka, Anwar yang juga Presiden Keadilan berkata, beliau masih memberi masa kepada Rafizi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menyertai semula Kabinetnya.

“Saya kalau boleh (mahu) mereka sertai semula (Kabinet).Surat (peletakan jawatan) sudah diterima, tetapi saya belum terima (luluskan) peletakan jawatan mereka,” katanya selepas menghadiri satu seminar dan pertemuan anjuran partinya.

Rafizi dan Nik Nazmi sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Kabinet selepas gagal mempertahankan jawatan masing masing iait Timbalan Presiden dan Naib Presiden pada Pemilihan PKR 2025.

Dalam pada itu Rafizi turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan beberapa orang yang banyak membantunya mengusahakan inisiatif ekonomi di bawah Kementerian Ekonomi.

Katanya , mereka dalah pegawai-pegawai dasar dalam pasukannya yang beliau pujuk untuk meninggalkan kerjaya masing-masing dan berkhidmat di pejabatnya.

“Dari cili kepada semikonduktor, kepada ekosistem syarikat pemula, JSSEZ, NETR, kepada gaji progresif sehinggalah RMK13, mereka banyak menterjemah idea-idea saya sehingga boleh dilaksanakan. Mereka akan kembali ke bidang masing-masing,” katanya.

Mereka adalah Dr. Azraai Bahari Nasruddin – doktor pakar endokrinologi lulusan University of Cambridge; Benjamin Quek – lulusan perbankan dan kewangan; James Chai – pelajar terbaik undang-undang dari University of London; Ismat Qayyum – lulusan PPE (Politics, Philosophy and Economy) dari London School of Economics (LSE) dan Haqimi Zamri – lulusan Politik and Hubungan Antarabangsa dari University of Nottingham.

Nik Nazmi pada minggu pertama bulan ini mengadakan pertemuan bersama warga penjawat awam di kementeriannya susulan pengumuman peletakan jawatan pada 28 Mei lalu.

Nnn

Related posts

Leave a Comment