Mamdani mahu Netanyahu ditahan

NEW YORK – Datuk Bandar, Zohran Mamdani, masih mempertimbangkan sama ada mahu mengarahkan penahanan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, sekiranya beliau menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di bandar itu, pada September ini.

Dalam temu bual yang diterbitkan The New York Times, Mamdani berkata beliau percaya Netanyahu sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan di The Hague.

“Saya percaya Perdana Menteri Netanyahu sepatutnya berada di The Hague. Beliau ialah penjenayah perang yang sudah didakwa oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC),” katanya.

Mamdani yang berhaluan kiri dan sebelum ini menyifatkan Israel sebagai sebuah ‘rejim aparteid’, berkata pandangan itu dikongsi ramai pihak berdasarkan tindakan Israel sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau bagaimanapun mengakui tidak pasti sama ada beliau mempunyai kuasa untuk mengarahkan Jabatan Polis New York (NYPD) menahan seorang ketua kerajaan asing, namun perkara itu sedang dibincangkan bersama pasukan perundangan bandar raya.

“Apa sahaja yang dibenarkan undang-undang untuk saya lakukan di New York, itulah yang akan kami lakukan,” katanya.P

Related posts

Leave a Comment