Lantikan Azam atas nasihat PM

SEPANG 3 Julai – Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah pihak yang bertanggungjawab dalam pelantikan Azam Baki sebagai Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid berkata, tidak dinafikan Yang di-Pertuan Agong membuat pelantikan itu tetapi atas nasihat Perdana Menteri.

“Baca Seksyen 5(2)(c) Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2009(Akta 822). Jelas pelantikan oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong atas naaihat Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Terdahulu Anwar menjelaskan pembatalan keanggotaan Azam sebagai Lembaga Penasihat NFCC hanya boleh dibuat Yang di-Pertuan Agong.

“Soal ini, lantikannya terpakai sehingga 2027 dan kuasa untuk membatalkannya hanyalah boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, ia tidak terkait dengan (status) sebagai Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM),” katanya.

Sebelum itu Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin mempersoal justifikasi pelantikan Azam sebagai penasihat NFCC memandangkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu terpalit dengan beberapa isu termasuk skandal berkaitan korporat mafia dan pemilikan saham.

Selain Hamzah, Timbalan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Mike Chong Yew Chuan turut meminta kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung dakwaan bahawa Azam sudah dilantik sebagai penasihat di NFCC.

Ketua Pengarah NFCC, Shamshun Baharin Mohd Jamil melalui kenyataan media menjelaskan lantikan Azam sebagai anggota Lembaga Penasihat bagi tempoh 20 September 2024 hingga 19 September 2027 dibuat atas kapasiti individu dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu Rafique berkata isu pelantikan itu penting dan dikecam rakyat disebabkan Azam terpalit pelbagai kontroversi yang mana menimbul isu tatakelola serta integriti.

“Apa jadi pada siasatan bebas atas isu pemilkan saham? Apa jadi pada isu mafia korporat? Bukankah ia babitkan masalah serius tentang kewangan? Tidakkah lojik bila rakyat persoal?

Bagaimana pelantikan dinasihatkan bila mana individu tersebut terbabit dalam pelbagai isu libatkan kewangan?. Orang yang ada isu integriti nasihatkan agensi bawah Jabatan Perdana Menteri yang urus isu jenayah kewangan!

Yang peliknya adalah Perdana Menteri letakkan segalanya atas Tuanku YDPA. Itu alih tiang gol. Itu lepas tangan,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment