Zahid ingatkan pemimpin PH

JOHOR BHARU 3 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya tidak menjaja naratif meminta rakyat negeri ini memilih kerajaan Johor yang selari dengan kerajaan Pusat.

Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya berkata hakikatnya kerajaan Johor sebelum ini ditadbir oleh parti yang sudah pun berada dalam kerajaan di peringkat nasional.

“Jadi bila sampai ke pilihan raya di negeri Johor ini, (pemimpin PH kata) ooh…kerajaan yang ada mesti sama dengan kerajaan di Putrajaya. Samalah itu,” katanya berucap pada Program Himpunan Anak Muda Tiram, di sini, malam tadi.

Turut hadir calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram,  Abdul Halim Suleiman dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mengingatkan pemimpin PH tidak lupa akan keputusan besar diambil BN untuk bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan, sekali gus membolehkan PH menjadi sebahagian kerajaan Persekutuan.

“Ingat, nak membentuk Kerajaan Perpaduan ini daripada titah Tuanku Agong yang lalu, mereka cuma ada 82 kerusi (Parlimen). Kita cuma ada 30 kerusi. Nak menjadi Perdana Menteri mesti ada 112 kerusi, 82 tak boleh jadi Perdana Menteri, nak membentuk kerajaan.

Jadi, yang 30 (Ahli Parlimen BN) inilah yang mencukupkan 112 (sokongan Ahli Parlimen) untuk jadi Kerajaan Perpaduan jadi Perdana Menteri. Saya harap itu tidak dilupakan.

“Bukan kita mahu riak, bukan kita mahu takbur, bukan kita mahu sombong. Tetapi hakikatnya, yang 30 (Ahli Parlimen BN) itulah membolehkan untuk seseorang itu menjadi Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan bermula di bumi Malaysia,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment