Keselesaan jemaah haji keutamaan Andalusia

SEPANG 12 Mei – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menyediakan petugas yang dilatih secara profesional bagi menawarkan perkhidmatan berkualiti kepada jemaah haji sepanjang berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Pengarah Eksekutif Andalusia,  Md. Daud Che Ngah berkata, petugas yang terlatih ini diharap dapat memberi komitmen penuh dalam menyelesaikan aduan dan masalah jemaah supaya keselesaan diberi keutamaan.

“Setakat ini, semua jemaah memberi pujian yang baik (kepada perkhidmatan Andalusia) berikutan kursus intensif kepada setiap petugas sebelum ini. Kita minta mereka pastikan supaya tiada rungutan dan sehingga ini tiada aduan serius daripada jemaah,” katanya.

Beliau memberi contoh di mana berlaku bilik suami isteri di aras berbeza yang menimbulkan sedikit masalah dalam urusan harian.

“Kita ada aduan jemaah di mana bilik suami di tingkat 5 dan isteri di tingkat 4 dan aduan yang dibuat jam 9 pagi selepas Subuh, pukul 3 petang diselesaikan, duduk sebelah menyebelah,” katanya di Pusat Konvensyen Movenpicks di sini.

Md. Daud bersama Pengarah Urusan Andalusia Ibrahim Mat Sin berada di Kompleks Tabung Haji KLIA itu bagi mengucapkan selamat berangkat kepada 124 jemaah dan dua petugas Andalusia yang akan berlepas ke Jeddah pada pukul 5.30 petang ini.

Ini merupakan kumpulan terakhir bagi Andalusia yang mengikuti penerbangan sewa khas Tabung Haji untuk berlepas ke Tanah Suci menerusi Saudia Airlines.

Sebelum ini, dua kumpulan jemaah Andalusia sudah berlepas ke Tanah Suci yang menjadikan jumlah keseluruhan 488 orang termasuk 50 jemaah mujamalah dan sekumpulan kecil lagi akan berlepas menerusi pesawat komersial esok.

Sementara itu, Md. Daud berkata, Andalusia turut menyediakan kira-kira 43 barangan kelengkapan termasuk bagasi, buku panduan dan ubat-ubatan kepada setiap jemaah bagi memastikan keselesaan mereka di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

“Kita tawarkan kemudahan yang agak mencukupi untuk jemaah dan semuanya telah kita lengkapkan. Ini kemudahan kita tawarkan pada jemaah supaya mereka tidak perlu cari lagi kelengkapan dan harganya juga melebihi RM200,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment