Gubal Akta Pengurangan Inflasi Malaysia

SEPANG 14 April  – – Putra menggesa Kerajaan mempertimbangkan secara serius penggubalan Akta Pengurangan Inflasi Malaysia yang komprehensif, berpandukan model antarabangsa seperti ‘Inflation Reduction Act’ yang mampu menggabungkan dasar fiskal, perindustrian dan peralihan tenaga dalam satu kerangka strategik. Presiden Putra, Dr Ibrahim Ali yang membuat gesaan itu berkata, usaha menangani inflasi tidak boleh terus bergantung kepada langkah sementara seperti kawalan harga bermusim atau subsidi bersasar yang tidak konsisten. Katanya, ketika rakyat Malaysia terus berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat, pendekatan Kerajaan setakat ini dilihat bersifat jangka pendek, tidak…

Read More

Trump beri amaran bot langgar sekatan

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memberi amaran mana-mana bot serangan Iran yang menghampiri sekatan laut tentera Amerika Syarikat (AS) di sekitar pelabuhan Iran akan dimusnahkan, walaupun terdapat seruan antarabangsa supaya gencatan senjata dihormati dan rundingan disambung semula. Tentera AS berkata, sekatan itu yang berkuat kuasa pada jam 1400 GMT, dikenakan ke atas semua kapal yang keluar atau cuba berlabuh di pelabuhan Iran. Dalam satu hantaran di media sosial, Trump berkata, sebahagian besar angkatan laut Iran telah dimusnahkan semasa perang, namun jika mana-mana daripada beberapa “kapal serangan pantas” Iran yang masih…

Read More

PBB gesa AS, Iran terus runding

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran diteruskan, kata jurucakapnya Stephane Dujarric dalam satu kenyataan. Katanya, walaupun tiada persetujuan dicapai dalam rundingan dihoskan Pakistan di Islamabad, perbincangan itu sendiri menunjukkan kesungguhan kedua-dua pihak dan merupakan langkah positif serta bermakna ke arah memperbaharui dialog. “Memandangkan perbezaan yang ketara, perjanjian tidak dapat dicapai dalam tempoh singkat dan setiausaha agung menggesa rundingan itu diteruskan supaya persetujuan dapat dicapai,” katanya. Beliau berkata, selepas berminggu-minggu kemusnahan dan penderitaan, jelas bahawa tiada penyelesaian ketenteraan…

Read More