Pecat jika dianggap melanggar partiย  – Rafizi

SEPANG 10 April – Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa Lembaga Disiplin membuat keputusan yang tegas dan cepat dalam menentukan nasibnya bersama parti, susulan surat tunjuk sebab kedua ke atasnya. Malahan, bekasย  Menteri Ekonomi itu menggesa PKR memecatnya jika penjelasan yang dibuat berhubung empat pertuduhan terhadapnya dianggap melanggar perlembagaan parti. โ€œJika penjelasan saya itu dikira telah melanggar perlembagaan parti, jadilah seperti sebuah parti yang normal (dan tidak songsang) dengan mengambil tindakan memecat, seperti yang telah dibuat kepada anggota-anggota parti lain yang dikenakan pertuduhan disiplin sebelum ini,” kata Rafizi. Ahli…

Read More

Trump dakwa Iran tidak cekap urus selat

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengingatkan Iran supaya tidak mengenakan bayaran kepada kapal tangki yang melalui Selat Hormuz, sambil menuduh negara itu ‘tidak cekap’ dalam menguruskan laluan minyak selat itu. Dalam siri hantaran media sosial, Trump juga mendakwa Iran melanggar syarat perjanjian gencatan senjata dua minggu mereka. “Iran sedang melakukan kerja yang sangat buruk, sesetengah pihak akan mengatakannya sebagai tidak bermaruah, dalam (isu) membenarkan minyak melalui Selat Hormuz,” kata Trump di platform Truth Social miliknya. Iran dan AS menyatakan bahawa selat sepanjang 167 kilometer (km) antara Teluk…

Read More

Fasa baharu Selat Hormuz

TEHRAN – Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Seyyed Mojtaba Hosseini Khamenei, berkata, pengurusan Selat Hormuz akan memasuki ‘fasa baharu’, tetapi tidak memberi sebarangan perincian. Dalam perutusan pada hari ke-40 sejak pembunuhan bapanya yang juga bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, beliau juga menegaskan Tehran akan menuntut pampasan untuk semua kerugian berkaitan perang. Menurut perutusan itu, pemergian Ali disifatkan sebagai tamparan hebat kepada rakyat Iran, selain merupakan antara detik paling menyakitkan dalam sejarah mutakhir negara berkenaan. Perutusan itu turut menggambarkan fasa semasa sebagai kesinambungan perjuangan dan legasi bapa Mojtaba. “Kami sama…

Read More