Iran tolak ancaman Trump

TEHRAN – Ancaman Donald Trump untuk memusnahkan infrastruktur penting Iran jika gagal menerima perjanjian damai dalam tempoh 48 jam disifatkan satu tindakan yang menunjukkan lemah, gementar, tidak stabil serta tidak bijak.

Jeneral Ali Abdollahi Aliabadi dalam kenyataan daripada Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya berkata, markas tentera Iran menolak ancaman Presiden Amerika Syarikat itu, dan membalas kenyataan Trump  “maksud mudah mesej ini adalah pintu neraka akan terbuka buat kamu (AS)”.

Trump semalam berkata, Tehran mempunyai 48 jam untuk memeterai perjanjian atau berhadapan dengan serangan yang dahsyat.

Ancaman terbaru Trump itu dibuat selepas satu serangan berhampiran loji janakuasa nuklear Iran memaksa penduduk berpindah, selain pengumuman Tehran mengenai serangan baharu dan dakwaan tentera Israel mengenai pelancaran peluru berpandu dari Yaman.

“Ingat apabila saya memberi Iran sepuluh hari untuk buat perjanjian atau buka Selat Hormuz” tulis Trump di platform Truth Social, merujuk kepada ultimatum yang dikeluarkan pada 26 Mac lalu

Masa semakin suntuk, 48 jam sebelum segala seksaan neraka akan menimpa mereka,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengawal Revolusi Iran mendakwa mereka menyerang sebuah kapal komersial di Bahrain, dan memperketatkan kawalan di laluan perkapalan Selat Hormuz.

Iran juga terus menyerang sasaran ekonomi di negara jiran Teluk yang dianggap mempunyai kaitan dengan usaha perang AS-Israel.

Dalam perkembangan lain, Tehran kelmarin berkata, ia menembak jatuh sebuah pesawat pejuang F-15 dan media AS melaporkan pasukan khas Amerika berjaya menyelamatkan seorang daripada dua kru, manakala seorang lagi masih hilang.

Tentera Iran juga mendakwa mereka berjaya menjatuhkan sebuah pesawat serangan darat A-10 milik AS, dan media AS melaporkan juruterbang pesawat itu telah diselamatkan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment