SEPANG 29 Mac – Seorang pemimpin Pas mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan peruntukan RM3.5 juta yang diagihkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan sebagai langkah penjimatan susulan ketegangan berterusan di Asia Barat. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata langkah sedemikian bakal menyaksikan penjimatan lebih besar, berbanding cadangan supaya elaun petrol Ahli Parlimen berjumlah RM1,500 dikurangkan. “Mansuhkan sahaja peruntukan RM3.5 juta untuk ahli parlimen kerajaan, penjimatannya lebih besar. Kerajaan boleh terus bantu rakyat sebagaimana kerajaan bantu rakyat di kawasan parlimen pembangkang. Bukankah itu lebih berkesan? Penjimatan sekitar setengah billion untuk setahun. Saya…
Read MoreDay: March 29, 2026
Pas kecam Islam digambarkan musuh
KUALA LUMPUR 29 Mac – Parti Islam Se-Malaysia (Pas) mengecam sebarang usaha bagi menggambarkan mana-mana agama khususnya Islam yang dianuti lebih 1.9 bilion umat di seluruh dunia, sebagai musuh. Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, berkata naratif itu berisiko menimbulkan ketegangan, memperdalamkan salah faham dan menjejaskan usaha global ke arah saling menghormati serta memahami. Sambil menyifatkan tindakan itu berbahaya dan tidak bertanggungjawab, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menegaskan, Islam adalah agama yang diasaskan pada rahmat, keadilan dan keamanan. “Tindakan mengaitkan Islam secara meluas dengan keganasan adalah tidak tepat dari segi…
Read MoreBerita pilihan…
Bersiap hadapi operasi darat di Iran
ANKARA – Ribuan tentera Amerika Amerika Syarikat (AS) dikerahkan ke Asia Barat, sebagai persiapan Pentagon menghadapi kemungkinan operasi darat di Iran, satu “fasa baharu perang” yang mungkin “jauh lebih berbahaya” bagi tentera AS. Sebarang misi darat dijangka tidak membabitkan pencerobohan berskala penuh dan boleh membabitkan serangan oleh pasukan Operasi Khas serta infantri konvensional, menurut pegawai yang tidak dinamakan. Mereka berkata operasi itu yang sedang menunggu keputusan Presiden Donald Trump boleh mendedahkan anggota tentera kepada “dron dan peluru berpandu, tembakan darat dan letupan”. Pegawai berkata misi yang berkemungkinan boleh berlangsung “minggu-minggu,…
Read MoreTiga wartawan maut dalam serangan Israel
BEIRUT – Tiga wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan semalam yang turut melibatkan seorang koresponden terkenal rangkaian televisyen Al-Manar milik Hizbullah. Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan pembunuhan wartawan Al-Manar, Ali Shoeib, tetapi mendakwa mangsa beroperasi dalam organisasi Hizbullah di bawah samaran sebagai seorang pengamal media. Menurut laporan media, Ali Shoeib dan Fatima Ftouni daripada saluran Al-Mayadeen yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan pergerakan disokong Iran, terbunuh dalam serangan di Jezzine bersama Ftouni yang bertugas sebagai jurukamera. Kedua-dua rangkaian berita Al-Mayadeen dan Al-Manar mengesahkan kematian kakitangan mereka,…
Read More