KOTA BHARU 28 Mac – MIC menerusi Presidennya, SA Vigneswaran membuat permohonan untuk menjadi ahli anggota Perikatan Nasional (PN) dengan menghantar surat kepada PN pada 15 November tahun lalu. Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata surat permohonan dihantar kepada Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjawat jawatan Pengerusi PN. Beliau berkata menerusi permohonan berkenaan, pihaknya meneliti dan membincangkan permohonan daripada MIC sebelum diterima sebagai parti anggota PN pada Disember lalu. Katanya, permohonan untuk diterima semula ke dalam PN disebabkan MIC menganggap mereka adalah pengasas bersama PN, memandangkan ketika PN ditubuhkan, terdapat…
Read MoreDay: March 28, 2026
Berita pilihan…
Buka semula ‘Selat Trump’
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang merujuk Selat Hormuz sebagai ‘Selat Trump’ menegaskan Iran perlu membuka semula laluan air penting itu bagi trafik minyak sebagai syarat perjanjian damai. Kenyataan itu muncul ketika beliau sebelum ini turut menamakan beberapa bangunan di Washington sempena dirinya sepanjang penggal kedua memegang jawatan presiden. Trump juga mendakwa Iran bersedia untuk mencapai perjanjian damai walaupun dinafikan Iran dan berkeras bahawa rundingan sedang berjalan bagi menamatkan konflik yang berlarutan hampir sebulan itu. Beliau mendakwa, Iran kini dalam keadaan terdesak selain menegaskan kepimpinan, angkatan laut,…
Read MoreRabu, Jumaat pilihan WFH di Indonesia
JAKARTA – Bagi mengurangkan penggunaan bahan api, Indonesia sedang menimbangkan hari bekerja dari rumah (WFH) mingguan wajib, sama ada Rabu atau Jumaat, untuk kakitangan pemerintah pusat. Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa berkata, dasar itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mengurangkan penggunaan tenaga, di mana boleh mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 20 peratus daripada paras biasa. Katanya, hari Jumaat yang mempunyai waktu kerja yang paling singkat sedang dipertimbangkan sebagai hari WFH pilihan, dengan alasan waktu kerja yang lebih pendek disebabkan oleh rehat tengah hari yang dilanjutkan untuk solat…
Read More