KUALA LUMPUR 19 Mac – Tindakan membawa pendakwah bebas Zamri Vinoth ke mahkamah dalam keadaan bergari pada Selasa lalu, dilaksanakan mengikut prosedur serta lunas undang-undang sedia ada. Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail menjelaskan tangkapan awal terhadap Zamri melibatkan kes mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, selain turut disiasat mengikut Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur berbeza. “Kesalahan-kesalahan yang kita tangkap sebelum ini berbeza-beza. Ada yang boleh dijamin dan ada yang tidak, terutama pada fasa awal tangkapan melibatkan empat kes di Putrajaya, di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan. “Pada masa sama,…
Read MoreDay: March 19, 2026
Bersatu pecat Chegubard
SEPANG 19 Mac – Lembaga Disiplin Bersatu dilaporkan memecat Ketua Bersatu bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkuat kuasa semalam. Notis pemecatan memetik Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Mohd Radzi Manan memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas daripada Che Gubard dalam tempoh ditetapkan, susulan surat bertarikh 10 Mac itu. Sehubungan itu, Lembaga Disiplin memutuskan bahawa beliau dipecat daripada keahlian parti di bawah Fasal 22.5, berkuat kuasa serta-merta semalam atas pelanggaran Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli. Bagaimanapun, Che Gurbard boleh mengemukakan rayuan…
Read MoreBerita pilihan…
Sembilan kanak-kanak maut setiap minit
VIENNA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, kira-kira sembilan kanak-kanak di bawah umur lima tahun meninggal dunia setiap minit. Pada 2024, dianggarkan sebanyak 4.9 juta kematian direkodkan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak sedang bertatih bagi kumpulan umur ini di seluruh dunia. Menurut laporan yang disusun oleh Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) di New York bersama organisasi PBB yang lain, sebahagian besar kematian ini boleh dicegah melalui langkah-langkah kos – berkesan dan akses kepada penjagaan kesihatan. Berdasarkan laporan itu, jumlah kematian sebelum usia lima tahun telah berkurangan lebih daripada separuh di seluruh dunia sejak…
Read MoreKali ke sembilan Finland paling bahagia
KALI kesembilan berturut, turut, Finland dinobatkan sebagai negara paling bahagia di dunia. Laporan Kebahagiaan Dunia 2026, yang dikeluarkan sempena Hari Kebahagiaan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan negara-negara Nordic seperti Finland terus menduduki tangga teratas. Menurut laporan itu, tahap kesejahteraan golongan muda di beberapa negara berbahasa Inggeris semakin menurun, terutama dalam kalangan remaja perempuan yang dikaitkan sebahagiannya dengan penggunaan media sosial yang berlebihan. Sebaliknya, negara yang dilanda perang dan ketidakstabilan berada di kedudukan paling bawah. Kajian juga mendapati kepuasan hidup dalam kalangan individu bawah 25 tahun di negara seperti…
Read More