TANJONG 4 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik, dilantik Exco kerajaan negeri yang baharu menggantikan ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol, yang perkhidmatannya berakhir hari ini. Pelantikan Choon Aik diperkenan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Ramli Ngah Talib. Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri hari ini, pelantikan dibuat selaras Perkara 7 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan berkuat kuasa mulai tarikh istiadat pengurniaan serta majlis mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan sumpah simpan rahsia sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Menurut Pejabat Ketua Menteri, istiadat pengurniaan…
Read MoreDay: March 4, 2026
Fahmi Zainol digugurkan Exco Pulau Pinang
TANJONG 4 Mac – Kerajaan Negeri menamatkan perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak Fahmi Zainol, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang, mulai hari ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan mencadangkan pengganti Fahmi kepada Yang Dipertua Negeri petang ini. “Perkhidmatan Yang Berhormat Fahmi Zainol sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri telah ditamatkan pada hari ini. Saya sudah bertemu dengan Yang Berhormat awal pagi ini dan Yang Berhormat menerima keputusan ini. “Saya akan kemukakan cadangan penggantian kepada Tuan Yang Terutama Tun…
Read MorePelbagai alasan tidak hadir undi RUU
CYBERJAYA 4 Mac – Lapan Ahli Parlimen penyokong kerajaan Madani memberi pelbagai alasan berikutan ketidakhadiran mereka di Dewan Rakyat ketika pengundian Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri. Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata antara alasan mereka termasuk berada di hospital dan ‘tersangkut’ dalam kesesakan lalu lintas. Kegagalan mereka hadir menyebabkan draf undang-undang itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga selepas hanya 146 menyokong berbanding keperluan 148 sokongan, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen berkecuali. Menurut Fahmi, daripada lapan Ahli Parlimen itu, tiga daripada Barisan Nasional…
Read MoreBerita pilihan…
Israel lintasi sempadan selatan Lubnan
TENTERA Israel dilaporkan melintasi kawasan sempadan selatan Lubnan yang disifatkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bersatu (UNIFIL) sebagai ‘pelanggaran’ terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Menurut UNIFIL, pasukan pengaman tentera Israel melintasi kawasan Lubnan berhampiran Markaba, Al Adeisse, Kfar Kela dan Ramyah sebelum kembali ke selatan Garisan Biru. Misi pengaman itu berkata sejak konflik terbaharu pada 2024, tentera Israel mengekalkan lima kedudukan dan dua zon penampan di dalam wilayah Lubnan, yang melanggar Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB (UNSC). UNIFIL turut merekodkan beberapa serangan udara Israel, ratusan kes tembakan merentasi…
Read MoreTrafik penerbangan global terjejas
RUANG udara di rantau Teluk, ditutup besar-besaran, menjejaskan trafik penerbangan global melalui beberapa hab transit paling sibuk di dunia, susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran mulai 28 Februari lalu. Sekatan ruang udara semasa menjejaskan peranan Dubai, Abu Dhabi dan Doha sebagai pusat transit utama yang menghubungkan Eropah dan benua Amerika dengan Asia, Afrika serta Oceania. Ia mencetuskan kesan berantai terhadap rangkaian penerbangan jarak jauh global selain meningkatkan kos operasi dan insurans syarikat penerbangan. Menurut Flightradar24, ruang udara di Iran, Iraq, Israel, Qatar, Bahrain, Kuwait dan Syria…
Read More