TANJONG 24 Feb. – Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kes seorang Exco negeri yang ditahan, semalam, kerana disyaki memukul isterinya, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Kon Yeow berkata, Exco terbabit yang telah dibebaskan dengan jaminan telah menghubunginya dan memohon maaf atas dakwaan isu itu dan menyatakan ia adalah masalah rumah tangga antara suami isteri. “Difahamkan, kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis. Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat (Exco terbabit) memberi kerjasama kepada polis untuk menyiasat laporan itu. Terkini, saya dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak sudah menarik balik…
Read MoreDay: February 24, 2026
Exco tidak diwajibkan letak jawatan
SEPANG 24 Feb. – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Terengganu, Hanafiah Mat tidak diwajibkan meletak jawatan, kerana kapasiti beliau sebagai Exco tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan. Menteri Besar Terengganu, Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah. “Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi atau sebarang penilaian awal yang boleh menjejaskan proses keadilan,” katanya dalam satu kenyataan susulan pendakwaan menyalahgunakan kedudukan keatas Exco berkenaan. Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil maklum isu yang kini di peringkat pendakwaan dan perbicaraan dan komited menjaga integriti…
Read MoreRUU : 10 ahli Parlimen mungkin tolak, berkecuali
KUALA LUMPUR 24 Feb, – Sekumpulan 10 Ahli Parlimen PKR mungkin menolak atau mengambil pendirian berkecuali ketika proses pengundian Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026, sekiranya kerajaan menolak semua syor penambahbaikan cadangan akta itu. Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli (PH-Pandan), yang mewakili kumpulan itu berkata keputusan wakil rakyat itu bagaimanapun akan dimuktamadkan selepas mempertimbang dapatan mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan Jumaat ini. Selain keputusan mesyuarat Jemaah Menteri, bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata pandangan dan syor dikemukakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) serta Perikatan Nasional (PN) akan…
Read MoreAhli Parlimen DAP gesa Azam letak jawatan
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Seorang Ahli Parlimen DAP menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, susulan laporan berkait pemilikan sahamnya seperti dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini. Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang membuat gesaan itu berkata, Azam perlu meletak jawatan dan pada masa sama mencadangkan kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat laporan yang membabitkan Azam untuk membersihkan nama SPRM. Beliau mengingatkan kegagalan kerajaan bertindak tegas dikhuatiri akan mengakibatkan rakyat serta pengundi hilang keyakinan kepada kerajaan hari ini. “Azam…
Read MoreART : Malaysia tidak perlu terburu-buru
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Malaysia tidak akan terburu-buru membatalkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai 26 Oktober lalu, selepas Mahkamah Agung negara itu membatalkan tarif import yang diperkenal Presiden Donald Trump. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata, kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan dengan perkembangan berlaku di AS itu sebaliknya perlu diberi ruang dan masa untuk melihat tindak balas dibuat Trump ke atas keputusan mahkamah itu. “Mengapa kita nak terburu-buru… kerana Mahkamah Agung AS putuskan tiga hari yang lalu, hari ini kita kena putus ikut…
Read MoreBerita pilihan…
Parlimen tangguh pelaksanaan tarif
BRUSSELS – Parlimen Eropah menangguhkan undian bagi melaksanakan perjanjian tarif antara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS). Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa Parlimen itu Bernd Lange berkata, pihaknya mahu mendapatkan kepastian dari AS bahawa mereka menghormati perjanjian itu. Sebelum ini pada musim panas lepas, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dan Presiden AS, Donald Trump bersetuju menetapkan kadar tarif maksimum 15 peratus bagi kebanyakan import EU ke AS. Perjanjian yang mengikat secara sah yang dirangka bersama AS itu masih memerlukan kelulusan Parlimen Eropah. Jumaat lalu, Mahkamah Agung AS memberi…
Read MoreTrumph ingatkan jangan ‘bermain helah’
WASHINGTON – Negara-negara yang cuba mengambil kesempatan selepas Mahkamah Agung membatalkan tarif global Donald Trump minggu lalu akan berdepan kenaikan tarif yang lebih berat. Presiden Amerika Syarikat (AS) itu memberi amaran demikian menerusi media sosialnya pada Isnin. “Mana-mana negara yang mahu ‘bermain helah’ dengan keputusan Mahkamah Agung yang tidak masuk akal itu, terutamanya negara yang telah ‘mengaut keuntungan’ daripada AS selama bertahun-tahun, malah beberapa dekad, akan dikenakan tarif yang jauh lebih tinggi — dan lebih teruk — daripada apa yang dipersetujui sebelum ini,” tulis Trump. Minggu lalu Mahkamah Agung memutuskan…
Read More