BAITULMUQADDIS – Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak akan terbabit dalam pentadbiran Gaza pasca-perang dalam apa cara sekali pun, demikian tegas
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Netanyahu memberitahu utusan khas Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff, dalam satu perbincangan semalam.
“Kenyataan Perdana Menteri menegaskan bahawa Pihak Berkuasa Palestin tidak akan terbabit dalam pentadbiran Semenanjung Gaza dalam apa cara sekalipun,” menurut kenyataan itu selepas pertemuan itu berakhir.
Witkoff mengadakan perbincangan dengan Netanyahu, selepas pembukaan semula sempadan Rafah, pertemuan kedua mereka dalam tempoh kurang dua minggu.
Dalam pertemuan itu, Netanyahu juga menegaskan sekali lagi tuntutan tegas Israel supaya Hamas dilucutkan senjata, Gaza dimiliterisasi dan objektif perang dipenuhi sebelum pembinaan semula dijalankan.
Israel menekankan bahawa Hamas mahupun PA tidak sepatutnya terbabit dalam pentadbiran Gaza pasca-perang manakala di bawah rancangan gencatan senjata Gaza yang dicadangkan Presiden Donald Trump, peranan PA masih tidak jelas.
Jawatankuasa Nasional untuk Pentadbiran Gaza (NCAG) ditubuhkan untuk mengurus urusan harian Gaza sehingga PA melengkapkan program reformasinya.
Pada Isnin, pejabat Netanyahu menyuarakan kebimbangan kerana logo NCAG mengandungi simbol PA, seolah-olah menunjukkan hubungan antara kedua pihak.
Nnn
