Day: January 23, 2026
AS gerakkan armada ke arah Iran
AMERIKA Syarikat (AS), menggerakkan sebuah “armada” ke arah Iran, sambil mengulangi amaran kepada Tehran agar tidak membunuh penunjuk perasaan atau menghidupkan semula program nuklearnya. Presiden Donald Trump, bagaimanapun berharap AS tidak perlu menggunakan armada itu. “Kami mempunyai banyak kapal menuju ke arah itu, sebagai langkah berjaga-jaga… Saya tidak mahu apa-apa berlaku, tetapi kami memerhati mereka dengan sangat rapat,” kata Trump kepada wartawan ketika dalam penerbangan pulang dari Davos, Switzerland. Menurut pegawai AS yang enggan dikenali, kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln serta beberapa pemusnah berpeluru berpandu dijangka tiba di Asia…
Read More‘Gaza Baharu’ bakal dibina di Palestin
DAVOS – Amerika Syarikat (AS) mendedahkan pelan ‘Gaza Baharu’, pembangunan yang membayangkan wilayah Palestin yang musnah akibat perang dibina semula dengan pencakar langit, perumahan moden serta zon industri dan pelancongan. Pelan induk itu dibentangkan semasa majlis di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos berkaitan penubuhan Lembaga Keamanan baharu Presiden Donald Trump, yang ditugaskan menamatkan perang Israel-Hamas dan menyelia usaha pembinaan semula. Slaid menunjukkan deretan bangunan tinggi di sepanjang pesisir Mediterranean, pembangunan perumahan di Rafah, serta pelan berperingkat bagi kawasan kediaman, pertanian dan perindustrian untuk populasi kira-kira 2.1 juta orang. Ia…
Read More