Had laju kereta api dikurangkan

MADRID – Susulan nahas kereta api teruk di Andalusia yang mengorbankan sekurang-kurangnya 41 orang,  Sepanyol mengurangkan had kelajuan maksimum bagi kereta api di laluan utama antara Madrid dan Barcelona

Menurut pengendali rangkaian Adif, kereta api berkelajuan tinggi itu hanya dibenarkan bergerak pada kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) berbanding 300 km/j di seksyen sepanjang 150km.

Pemandu kereta api melaporkan beberapa bahagian landasan yang tidak rata, yang dijadualkan untuk diperiksa pada waktu malam.

Laporan media menyebut beberapa pemandu di laluan itu secara sukarela mengurangkan kelajuan sejak Isnin sebagai sebagai isyarat tidak puas hati terhadap keadaan landasan.

Perjalanan biasa selama dua setengah jam bagi jarak lebih 650 kilometer antara dua bandar itu akan bertambah sekurang-kurangnya kira-kira 30 minit di bawah sekatan Adif.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Oscar Puente berkata punca nahas kereta api terburuk dalam sejarah negara itu mungkin faktor kecacatan landasan atau kerosakan kereta api, dan belum membuat kesimpulan muktamad.

Dalam nahas itu, dua kereta api berkelajuan tinggi bertembung berhampiran perbandaran Adamuz, timur laut Cordoba.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment